Friday, 2 December 2011

Ambil iktibar kebocoran kilang Lynas di Australia



KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan,
 Fuziah Salleh (gambar)menggesa kerajaan
 ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran 
sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas
 di Mt Weld, Australia baru-baru  ini kerana
 kedudukan kilang Lynas Advanced
 Materials Plant (Lynas) di Gebeng 
nanti dijangkakan akan membawa bahaya
 yang jauh lebih tinggi.
Menurutnya, ini disebabkan kandungan 
radioaktif pada sisa  pejal di Mt Weld
 ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan 
radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan
 terhasil kilang itu di Gebeng ialah
 pada kadar 6 Bq|g.
Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1
 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut.
“Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk 
di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.
“Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air
 bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di 
atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa 
dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng.
“Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, 
bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi 
pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi
 tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama,”
 katanya.
Tambah Fuziah, sebarang kebocoran jika berlaku di Lynas akan meninggalkan
 impak yang bakal memusnahkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan
 penduduk kerana tiada industri yang bebas seratus peratus daripada kemalangan
 termasuk Lynas terkecuali.
Katanya, selama ini Lynas berselindung di sebalik Kementerian Sains Teknologi
 dan Inovasi  Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
 Industri yang seolah-olah menjadi ‘jurucakap’ mereka.
“Saya tegaskan bahawa Lynas tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi 
di Gebeng sekali-kali tidak akan menepati segala aspek keselamatan 
mengikut piawaian antarabangsa.
“Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian
 Perdagangan, Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas
 mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan
 keatas LAMP ketika beliau melawat  kilang itu di Gebeng kelmarin.
“Janganlah cuba mengulangi kesilapan di tempat lain yang hanya akan
 menjadikan penduduk di Gebeng dan sekitarnya menjadi mangsa,” katanya.
Beliau turut kesal sebelum ini pihak kerajaan cuba mengelirukan rakyat
 dengan mengatakan bahawa sisa dari Lynas adalah selamat sehingga
 boleh ditabur merata-rata dan percaya maklumat tersebut merupakan 
input daripada Lynas semata-mata.



No comments:

Post a Comment