Friday, 2 December 2011

Ambil iktibar kebocoran kilang Lynas di Australia



KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan,
 Fuziah Salleh (gambar)menggesa kerajaan
 ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran 
sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas
 di Mt Weld, Australia baru-baru  ini kerana
 kedudukan kilang Lynas Advanced
 Materials Plant (Lynas) di Gebeng 
nanti dijangkakan akan membawa bahaya
 yang jauh lebih tinggi.
Menurutnya, ini disebabkan kandungan 
radioaktif pada sisa  pejal di Mt Weld
 ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan 
radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan
 terhasil kilang itu di Gebeng ialah
 pada kadar 6 Bq|g.
Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1
 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut.
“Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk 
di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.
“Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air
 bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di 
atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa 
dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng.
“Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, 
bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi 
pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi
 tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama,”
 katanya.
Tambah Fuziah, sebarang kebocoran jika berlaku di Lynas akan meninggalkan
 impak yang bakal memusnahkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan
 penduduk kerana tiada industri yang bebas seratus peratus daripada kemalangan
 termasuk Lynas terkecuali.
Katanya, selama ini Lynas berselindung di sebalik Kementerian Sains Teknologi
 dan Inovasi  Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
 Industri yang seolah-olah menjadi ‘jurucakap’ mereka.
“Saya tegaskan bahawa Lynas tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi 
di Gebeng sekali-kali tidak akan menepati segala aspek keselamatan 
mengikut piawaian antarabangsa.
“Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian
 Perdagangan, Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas
 mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan
 keatas LAMP ketika beliau melawat  kilang itu di Gebeng kelmarin.
“Janganlah cuba mengulangi kesilapan di tempat lain yang hanya akan
 menjadikan penduduk di Gebeng dan sekitarnya menjadi mangsa,” katanya.
Beliau turut kesal sebelum ini pihak kerajaan cuba mengelirukan rakyat
 dengan mengatakan bahawa sisa dari Lynas adalah selamat sehingga
 boleh ditabur merata-rata dan percaya maklumat tersebut merupakan 
input daripada Lynas semata-mata.



Friday, 28 October 2011

Hudud : Pas akan potong kepala anda - Mahathir.



kah keh koh kih kuh 

Gelak + perli + batuk + tersedak + heran

Pas nak potong kepala sapa? Mahathir cakap pas nak potong kepala anda. Tak percaya? Meh baca bawah neh ;



KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
    
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“ Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini. 
Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan. - TMI.

1. Gelak.

Sebab mahathir buat lawak. Dia cakap pas nak potong kepala. Apa dia ingat hukum hudud neh pasal potong kepala ka? 

2. Perli.

Mahathir cakap kalau dalam sekumpulan pencuri yang berlainan agama mencuri dan didapati bersalah, hukuman berbeza akan dikenakan kepada mereka. Cina dapat penjara 2 bulan, yang muslim kena potong tangan. Maksudnya disini dia pun sedar hukuman penjara dua bulan itu memang ringan. Tapi dia tak pernah fikir pasal neh time dia jadi PM dulu. 

Dah tue apsal tak tetapkan hukuman yang lebih munasabah lagi? Penjara 20 tahun ka. Memandangkan undang2 yang sedia ada sangat teruk + longgar maka wajarlah hudud diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti moral umat islam.  Yang dia dengki sangat apsal? Dan tak semudah abc larh nak potong tangan orang. Apa dia ingat hudud neh kerja dia mencacatkan tangan orang islam ka? 

3. Batok

Mahathir neh orang islam ka bukan? Kalau orang islam buat cara orang islam. Jangan nak perlekehkan hudud. Jangan bagi persepsi songsang sampai orang takut pada hudud. Belum pape dah cakap pasal potong kepala. Cakap nyanyok kang marah.
 

4. Tersedak

Dia cakap sistem perundangan [hudud] berat sebelah kepada orang islam dan bukan islam. Dah tue syariah tue apa? Sivil tue apa? Dah lama dah masyarakat muslim dan bukan muslim menerima perbezaan neh. Takde masalah pun. Pasal pa mahathir nak buat masalah pula?

Kalau rasa tak setimpal sebab jenayah hudud neh tegas hukuman nya, pinda hukuman2 yang ditetapkan dalam sivil agar seiring tegas dengan hudud. Benda kecik je. Bukan isu sangat pun. Bukan tak boleh ubah.
  
5. Heran

Mahathir cakap pas nak laksanakan hudud untuk orang islam je. So, tak boleh ka? Yang dia beria2 bantah hudud neh pasai pa? 


source: http://amenoworld.blogspot.com/2011/10/hudud-pas-akan-potong-kepala-anda.html#ixzz1c8t5aUcf

Thursday, 20 October 2011

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

http://myibrah.com/10-perkara-yang-yahudi-seboleh-bolehnya-tidak-mahu-dunia-tahu#
Source :: 

Pulau untuk dijual - Saya mesti tabik sama BN.

Peh.


Pulau malaysia untuk dijual bhai. Gila betul. 

Lihat bawah neh ;





First, aku nak bagitau yang aku tatau haramjadah konsep pembelian dan penjualan pulau neh. Cuma aku nak tanya macam mana seseorang boleh memiliki pulau2 di sabah neh samada atas nama syarikat ataupun persendirian ? Kedua, macam mana dorang boleh ada hak untuk lego pulau2 neh pada orang asing? Itu yang aku nak tahu. Aku boleh faham sekarang neh mereka jual pulau2 neh sebab dorang dah memiliki pulau2 neh. 

Tapi sebelum pemilik2 pulau2 neh jadi pemilik, ia adalah dimiliki oleh kerajaan terlebih dahulu. Jadi macam mana dari kerajaan transfer pergi kepada syarikat/persendirian kepada orang asing [bakal] pula? Lihat bawah neh. BN kan suka compare dengan indonesia dari segenap segi. So dalam isu neh mari lah kita sama2 compare dengan indonesia pula. Lihat bawah ;



Oh My Allah swt.

rupanya kerajaan indonesia yang miskin hina dina lembik lembab teruk lebih pandai menjaga kedaulatan negara berbanding kerajaan bn malaysia yang sepatutnya cekap mahir bijak pandai hebat maksum terer baik sopan mulia dan ter-agung?

Pergghhh..

Dasat tue bhai. Dasatt gileee wa cakap sama lue.

Gila arh.. 

Lihat bawah plak. Statement dari kerajaan negeri sabah ;


Apa yang aku faham ialah ;

1. Kerajaan negeri sabah ada kepentingan dalam ketiga2 pulau terbabit.

2. Kepentingan kerajaan negeri mungkin berbeza2 ikut status pemilikan.

3. Pemilik pulau mesti dapatkan kelulusan agensi kerajaan negeri sebelum boleh menjual tanah mereka.

kah kah kah

jual tanah? Gila ke ko? Dia jual pulau bodoh. Sebab sebelum tue mungkin ko yang jual pulau kat dia bodoh. Sekarang pulau neh dah jadi milik dorang walaupun ko bagi ayat manis bahawa ko akan jaga kepentingan sabah dalam pulau2 terbabit, bodoh. Aku tatau cara mana ko boleh jaga kepentingan dan kedaulatan sabah ke atas pulau2 tersebut cuma aku nak cakap ko bodoh. Suka tak suka sila g mampos. Ko dan BN, bersama pergi mampos. Sekian. 

Source ::  http://amenoworld.blogspot.com/2011/09/pulau-untuk-dijual-saya-mesti-tabik.html


Tuesday, 18 October 2011

Tarikh Qiamat berpandukan al-Quran bukan teori manusia



SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.
Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.
Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;
1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.
2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.
3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan
4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.
Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012? dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.
Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.
Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.
Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.
Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;
1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi
2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954
3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.
4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.
Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.
Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.
Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.
Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.
http://feryco.com/tarikh-qiamat-berpandukan-al-quran-bukan-teori-manusia
source :: 

Thursday, 13 October 2011

Kasih sayang seorang ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

by: Md Zahki Md Hussein



source :: http://fatashiru.blogspot.com/2011/10/kasih-sayang-seorang-ibu.html

Tuesday, 4 October 2011

Najib bayar sewa 9juta untuk pesawat 1malaysia bernilai 200juta

Najib bayar sewa 9juta untuk pesawat 1malaysia bernilai 200juta.


Peh.

Lue beli pesawat guna dana kerajaan melalui saham kerajaan dalam PNB. Nilai belian 200juta sebab dah siap ubahsuai. Then bila lue nak kemana2 hala lue bayar sewa pula. Kalau lue bayar minyak + makan takpe lagi. Neh lue bayar sewa lagi. Ibaratnya gini ;

1. Aku beli kereta.

2. Tiap2 bulan aku bayar ansurans kereta pada pihak bank.

3. Setiap kali aku nak guna kereta aku kena bayar sewa pula.

So apa point aku beli kereta?

Bukan kah lebih bagos kalau kerajaan sendiri beli satu pesawat untuk kegunaan menteri dengan menggunakan terus wang kerajaan [rakyat]?  Kenapa perlu suruh pihak ketiga [itupun ada saham kerajaan] beli pesawat untuk kegunaan kerajaan dan kerajaan perlu bayar sewa setiap kali nak menggunakan pesawat tersebut? 

Kenapa tidak sahaja begini ;

1. Kerajaan beli pesawat under malaysia.

2. Kerajaan bayar guna wang cukai rakyat.

3. Kerajaan suruh TUDM selenggara pesawat tersebut.

4. Bila kerajaan nak guna maka mereka perlu tuang kos minyak + makan.

5. Bila rosak, kerajaan keluarkan wang maintance untuk repair.

6. Bila ada orang nak sewa, kerajaan beri supaya boleh gunakan wang tersebut untuk kos operasi dan penambahbaikan apa2 pada pesawat tersebut. 

Kan, buat begini lebih mudah? Apa point beli then sewa? Ini macam isu rumah rasmi PM dan TPM. Lue sendiri buat rumah rasmi tapi lue kena bayar sewa pada kroni?

Hey.. aku nak cakap

Bullshit.

Boleh tak?

Benda senang macam neh aku pun boleh fikir. Buat apa korang jadi menteri kalau korang tatau nak uruskan kewangan negara dengan cekap? Ini ialah satu pembaziran. Ko suruh rakyat jimat cermat tapi ko sendiri membazir. Dan pesawat neh juga digunakan untuk percutian ko ke sini sana. 

rm9juta?

untuk urusan kerja aku tak nampak ia salah, wahai najib.

Tapi untuk urusan percutian [peribadi], perkahwinan dan rosmah mansur? 

Damm..

Korang ingat rakyat petik duit dari pokok ke?

Sengal betul. Heyy.. sapa yang undi menangkan umno neh? Korang pergi matilah. Cepat. Dengan kadar segera. Kebodohan korang dah menyusahkan orang lain. Grrr.. geram aku. 

Untuk rekod nilai rm9juta sewa ialah untuk tahun neh SAHAJA. Dan sebanyak 21.4juta digunakan ketika najib dan muhyiddin melawat beberapa negara sejak tahun 2008. Itu nilai atas paper. Korang kena faham lah yer. Lihat sini.


Source :: http://amenoworld.blogspot.com/2011/10/9juta-sewa-yang-najib-bayar-untuk.html#ixzz1ZnZetWpr